Salam Takziah
Dukacita dimaklumkan bahawa Zon Ibnu Sina telah kehilangan seorang ahli yang dikasihi pada 30 Januari 2026. Pemergian beliau amat dirasai dan meninggalkan kesan mendalam buat seluruh warga zon.
Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan, jasa, dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang bersama Zon Ibnu Sina. Segala usaha dan kebaikan beliau akan sentiasa dikenang.
Semoga roh Allahyarham Encik Mohammad Fairuz Azmir Bin Ismail dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan, kesabaran, dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.
Al-Fatihah.

Comments
Post a Comment